Bola SepakSukan

Zainal yakin dengan prestasi pemain Melaka United

MELAKA United mampu menghasilkan keputusan positif dalam baki aksi Liga Super musim.

Keyakinan itu dizahirkan oleh ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan setelah pasukan bimbingannya mencatat kemenangan dalam kesemua tiga aksi persahabatan menjelang Liga Malaysia (Liga-M) disambung semula akhir bulan ini.

Beliau yakin para pemain pasukannya berada dalam prestasi terbaik dan bayangan siapa yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama apabila berdepan  Perak dalam aksi Liga Super , 28 Ogos ini juga sudah dikenal pasti.

Zainal berkata, beliau bukan sahaja pemain terbaik dalam kesebelasan utama, barisan simpanan juga berpotensi untuk diturunkan dalam barisan utama.

“Di sinilah kita lihat apa yang bagusnya ialah setiap pemain akan merebut tempat dan lebih ramai pemain yang akan bersaing untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Secara langsung pemain-pemain lain akan meningkatkan prestasi mereka untuk mengekalkan posisi masing-masing selain menunjukkan bersemangat untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Dalam aksi persahabatan sebelum ini, Melaka United menewaskan PDRM FA 3-0, UiTM FC (1-0) dan Felda United FC (4-0).

Dalam tiga aksi persahabatan itu, kata Zainal, anak buahnya mempamerkan keserasian sebagai sebuah pasukan dan menampilkan kombinasi permainan yang baik.

“Namun, masih ada sedikit sebanyak kesilapan perlu diperbaiki. Kita perlu bersedia berdepan Perak, dalam tempoh seminggu ini dan perlu perbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Saingan Liga Super dan Liga Premier yang bersambung pada 28 Ogos ini, berlangsung tanpa penonton bagi mematuhi SOP Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia Tanpa Penonton (Pencegahan COVID-19) yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Melaka United kini menghuni tangga ke-11 liga daripada 12 pasukan, dengan mengutip tiga mata selepas dikenakan hukuman pemotongan tiga mata apabila gagal membayar baki tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button