fbpx
Ekonomi

Kerajaan Johor perlu perjelas kedudukan JCorp

Kerajaan Johor digesa menjelaskan kedudukan sebenar syarikat-syarikat kepentingan kerajaan negeri itu terutama Johor Corporation (JCorp).

Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak mengikut langkah Kementerian Kewangan melupuskan kepentingan dalam syarikat-syarikat kepentingan kerajaan kerana Johor mempunyai kekuatan ekonomi.

“Adakah kerajaan negeri akan mengikut langkah dibuat Kementerian Kewangan melupuskan kepentingan kita dalam syarikat-syarikat kepentingan kerajaan negeri?

“JCorp dikatakan akan melupuskan kepentingan dalam QSR Brand Holdings Bhd melibatkan jenama KFC.

Kerajaan negeri perlu ada pendirian tegas tentang hal ini,” katanya.


QSR Brand (M) Holdings (QSR) dilaporkan merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut Asia Tenggara pada harga kira-kira AS$1.96 bilion (RM6 bilion).

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button