Nasional

Jeneral Tan Sri Affendi Buang orang Sarawak pertama dilantik PAT?

PANGLIMA Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dijangka akan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang terbaru dalam masa terdekat. no

Beliau yang juga anak jati Sarawak turut mencatat sejarah sebagai anak Bumi Kenyalang pertama yang menjadi PAT, menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang akan bersara wajib.

Bakal PAT ke 21itu dilahirkan di Kampung Lintang, Petrajaya pada 1962 juga mencatat sejarah sebagai anak Sarawak pertama memegang jawatn tertinggi dalam TUDM sebelum ini.

Affendi memulakan kerjaya di TUDM sebagai pegawai kadet pada 1980 selepas menamatkan latihan di Sebatang Kera, Port Dickson.

Beliau yang berpengalaman luas sebagai juruterbang tentera dan pernah mengendalikan pelbagai pesawat pejuang antaranya Aermacchi MB-339, McDonnell Douglas A-4 Skyhawk and MiG-29N.

Malah beliau juga terlibat secara aktif
dalam membendung kegiatan komunis
dan terbabit dalam melancarkan pelbagai serangan udara pada tahun 1980-an.

Affendi juga merupakan salah seorang pengasas ‘The Smokey Bandits’ sebuah pasukan aerobatic pada tahun 2001, yang mengendalikan lima pesawat MiG-29N / NUB. Beliau terus menyandang jawatan No17/19 Squadron Commanding Officer dalam pasukan itu dari 2002 hingga 2004. -SM

(Visited 451 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button