Hiburan

Roslan Madun menangis, lihat anak-anak ND Lala bergaduh

RAKAN baik Datuk ND Lala iaitu Roslan Madun tidak dapat menahan sebak atas konflik yang berlaku diantara adik beradik Shila Amzah dan Ibunya, Datin Fauziah.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu lemak manis itu juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga ND Lala sejak dahulu.

‘’Anak-anak dia dah macam anak saya, seperti keluarga saya, mereka membesar depan mata saya, saya tengok ketika mereka susah senang depan mata saya’’. Katanya tidak dapat menahan sebak, semasa ditemui pada Seloka Legenda Waris Seni 2023 bertempat di Grand Barakah hotel Ampang.

@ikaangahlj7

Penyanyi Roslan Mandur tidak dpat menahan sebak apabila ditanya berkenaan isu Shila Amzah dan adik beradiknya.. “Anak-anak (Nd Lala) membesar depan mata saya, saya sedih bila terjadi isu ini, diharap dpt selesai dgn baik.” Penyanyi yang terkenal dengan lagu lemak manis itu mempunyai hubungan rapat bersama Datuk Nd Lala dan bekas isterinya.

♬ original sound – ShilaAmzah – ShilaAmzah

Roslan juga menceritakan semula bagaimana detik-detik permulaan Shila Amzah memulakan kerjaya sebagai penyanyi dari kecil.

‘’Masih saya ingat, semasa kecil Shila banyak mengisi slot nyayian jika penyanyi lambat sampai dan VIP hadir lambat dia yang bantu menceriakan pentas.

Selain itu, dia juga berharap agar konflik ini berakhir dengan baik dan berbincang sesama keluarga tidak perlu hebohkan di media sosial.

Terdahulu, konflik keluarga Shila bermula selepas adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang diduduki bersama ibu mereka.

Rentetan itu, Shila membuat hantaran balas dalam sesi siaran langsung di Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.

Pelantun lagu Patah Seribu itu turut memperincikan keputuan menjual rumah miliknya serta sikap Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka tampil bersuara sekali gus menghangatkan lagi suasana.

Artikle Berkaitan :>

Selepas 34 tahun ND Lala ceraikan isterinya melalui WhatsApp

Surat terbuka untuk ND Lala daripada Syada

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button