Nasional

Dua beradik bergurau dalam surau, tiada niat berkelakuan tidak senonoh

BUKAN mahu tular cepat sangat sebaliknya elok mencegah sebelum melarat dan jika tidak dijalankan siasatan, duduk perkara yang benar tidak diketahui.

Baru-baru ini aksi dua lelaki tempatan yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam sebuah surau di Banting, Selangor dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh merupakan adik-beradik.

Kosmo Online melaporkan, kedua-dua mereka berusia berusia 14 dan 21 tahun singgah di surau tersebut untuk menunaikan solat ketika dalam percutian keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, polis berjaya mengesan mereka yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Beliau berkata, Selasa lalu, kedua-dua beradik itu datang ke Banting dari Shah Alam bersama ibu bapa mereka dan seorang lagi beradik perempuan  berusia 19 tahun.

Keluarga itu datang bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting sebelum menunaikan solat di surau berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Selesai solat, kedua beradik lelaki itu bergurau di dalam surau tersebut tanpa disedari perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau itu.

“Menurut keterangan salah seorang daripada adik beradik tersebut, dia bergurau dengan adiknya dan membetulkan seluarnya.

“Tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan keterangan kedua ibu bapa mereka memaklumkan adik beradik tersebut mempunyai hubungan yang rapat dan sering bergurau.

Ahmad Ridhwan berkata, pihaknya telah mengambil kesemua keterangan daripada kedua-dua beradik dan ibu bapanya hari ini.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat untuk arahan lanjut,” katanya. – SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button