Nasional

Kerajaan bincang kemungkinan benarkan operasi bazar Ramadan

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan  berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kemungkinan untuk membenarkan operasi bazar Ramadan tahun ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamarudin berkata, kebenaran itu akan dibincangkan bersama MKN.

Katanya, ini memastikan supaya ia kemas dan berkesan dengan pematuhan penuh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika tiada masalah dengan pembukaan pasar, maka pasar Ramadan boleh buka.

“Kita akan bincang dan boleh dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Penggunaan Teknologi Sentuhan Rendah di Pasar Ayam Amanjaya di Ipoh, hari ini.


(Visited 204 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button