fbpx
Politik

PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara terhadap kes Musa Aman

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berpandangan keputusan Peguam Negara untuk melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebagai tindakan yang membingungkan.

Majlis tersebut turut berangapan keputusann membebaskan Musa daripada 46 pertuduhan sebagai mengecewakan kerana ia melibatkan dakwaan penyelewengan atau pengubahan wang haram berjumlah lebih RM50 juta.

“Ini bukan jumlah pertuduhan yang kecil, dan ini juga bukan jumlah wang yang kecil.

“Oleh yang demikian, Pejabat Peguam Negara perlu segera memberi penjelasan penuh berkenaan keputusan ini kerana ia bakal mencerminkan wajah sebenar pentadbiran yang ada hari ini,” kata kenyatan tersebut.

Kenyataan berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausha Agung Amanah Khalid Abdul Samad dan Setiausaha Agung DAP Ong Kian Ming.


Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan MUsa daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan membebaskan Musa selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa kemudian memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya bagi mengelakkan daripada tuduhan tergantung.

Berikutan itu, Muhammad Jamil mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan.

Bagi kes rasuah, Musa, 69, menghadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Bagi kes pengubahan wang haram, pertuduhan pertama dan ke-16, Musa didakwa membabitkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di UBS AG atas nama lelaki itu bagi tujuan menerima hasil aktiviti haram.

Beliau juga berdepan tuduhan alternatif, iaitu menyembunyikan pemilikan hasil aktiviti haram berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan dan 11 hingga 15, Musa didakwa secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima AS$37,845,491.60 daripada beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes yang jumlah itu adalah daripada hasil aktiviti haram tertuduh manakala bagi pertuduhan ke-10 pula, beliau didakwa menerima AS$2.5 juta atas sebab sama.-SM

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button