Nasionalpilihan

‘Kenduri durian’, polis siasat Ahli Parlimen Batu Pahat

Polis akan menyiasat Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua mereka didakwa terlibat dengan aktiviti makan durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat.

“Satu laporan polis sudah dibuat berkenaan video yang tular di media sosial itu dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Ismail, pihaknya akan memanggil ahli Parlimen berkenaan dan mereka yang terlibat dalam video tersebut untuk membantu siasatan.


Tambahnya, orang ramai dimohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. -SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button