Nasional

Hampir 40% dewasa lengkap 2 dos di Lembah Kelang, N. Sembilan

DUA wilayah yang teruk dilanda pendemik Covid-19 iaitu Lembah Kelang dan Negeri Sembilan kini mencatatkan hampir 40 peratus penduduk dewasa lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur kini mencatatkan 39.4 peratus penduduk dewasa lengkap disuntik dengan dos vaksin.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 39.3 peratus penduduk dewasa telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 yang diperlukan.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengumumkan Labuan, Sarawak dan Perlis kini berada dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Labuan mencatatkan 82.2 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos, Sarawak (67.0 peratus) dan Perlis (43.3 peratus).

Menurut statistik Jawatankuasa Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ketiga-tiga negeri itu juga merekodkan jumlah tinggi penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos iaitu Perlis (95.2 peratus), Sarawak (84 peratus) dan Perlis (30 peratus).

Lembah Kelang mencatatkan 97.3 peratus penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan Negeri Sembilan pula mencatatkan 73.4 peratus.

Sehingga semalam 21.668 juta dos telah diberi meliputi 14.471 juta dos pertama dan 7.197 juta dos kedua.

Sebanyak 61.8 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 30.7 peratus lagi lengkap menerima kedua-dua dos.

Semalam menyaksikan 468,526 dos vaksin diberikan melibatkan 223,479 dos pertama dan 245,047 dos kedua.-SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button