fbpx
Nasional

Kluster baharu Covid-19 di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan telah mengesan satu kluster baharu Covid-19 di Melaka selepas terdapat kes ketiga hasil kontak rapat kepada kes kedua kluster itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang diberi nama Kluster Pui Novgorod itu sudah menjangkiti tiga pesakit.
“Kes pertama kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8673) yang telah pulang ke tanah air dari Rusia pada 5 Julai lalu.
“Keputusan saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati positif dan dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA> Sidang DUN Selangor bertegang isu khianat mandat rakyat
Menurut Noor Hisham, kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8718 merupakan rakan kepada kes ke-8673 dan mereka telah menaiki pesawat yang sama.
Jelasnya, keputusan saringan Covid-19 bagi kes ke-8718 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati negatif, namun dia mula mengalami gejala demam dan gejala saluran pernafasan pada 7 Julai lalu.
“Saringan ulangan yang dilakukan terhadapnya mendapati dia positif COVID-19.
“Sehingga hari ini, terdapat tiga kes positif dan 14 orang kontak rapat telah dikenalpasti serta disaring dan dikesan negatif Covid-19” katanya.
BACA> Tipu pampasan Perkeso, tiga termasuk dua beranak ditahan
Bagaimanapun, bapa kepada kes 8724 yang menyambutnya di lapangan terbang juga didapati positif Covid-19 selepas mengalami gejala demam.
Tambahnya, pihaknya kini sedang menjalankan aktiviti ujian dan pembendungan bagi mengawal kluster ini. -SM
(Visited 6 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button