Politik
Trending

Sidang DUN Selangor tegang isu khianat mandat rakyat

SIDANG Dewan Undangan Negeri Selangor dilaporkan tegang apabila isu khianat mandat rakyat dibangkitkan antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Situasi tegang bermula apabila Ketua Pembangkang, Rozam Ismail memberitahu, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan mengkhianati mandat rakyat.

Beliau berkata, sebaliknya disebabkan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Menurut beliau, susulan perletakan jawatan oleh Dr. Mahathir, Yang di-Pertuan Agong memanggil setiap Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas Tuanku selesai menemuduga setiap Ahli Parlimen dan mendapat yang menyokong Muhyiddin mendapat majoriti.

BACA > Azhar, Azalina Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat — Suara Merdeka

“Maka Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Tidak adil kalau PH menuduh PN kerajaan pintu belakang atau kerajaan mengkhianati rakyat.

“Kerana kalau Tun Dr. Mahathir tidak meletak jawatan, pertukaran kerajaan tidak berlaku. Kenapa tiba-tiba salahkan UMNO?”

Beliau membangkitkan demikian dalam sidang tersebut selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang menganggap PN mengkhianat mandat rakyat.

Saar Sungib yang juga Ketua Amanah Gombak itu dilaporkan berkata rakyat dengan jelas memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya rayu kepada Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), fahamilah hati budi rakyat.

“Apa yang berlaku (pertukaran PH kepada PN sebagai kerajaan Persekutuan) itu tidak betul.

BACA > Samakan isteri dengan haiwan, Aliff Aziz tularkan netizen — Suara Merdeka

“Kita kena faham, (sistem) demokrasi ini bukan saja proses, ia ada adabnya.”

Kata Saari ketika membahaskan usul Pakej Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor seperti dilapor portal MalaysiaGazette hari ini.

Namun, kenyataan beliau disangkal ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi apabila menyoal tindakan Saari yang pernah bertanding atas tiket Pas.

Katanya, tindakan Saari itu juga disifatkan sebagai mengkhianat mandat rakyat apabila melompat ke Amanah selepas memenangi kerusi melalui Pas.

“Dahulu YB (Saari) menang pilihan raya umum di kerusi DUN Hulu Kelang atas tiket Pas.

“selepas itu lompat ke parti Pakatan Rakyat (PR) ketika itu. Tidakkah itu dinamakan mengkhianati mandat rakyat?” soalnya.

BACA > Ini bukan zoo, ini Dewan Rakyat, kata Azhar — Suara Merdeka

Bagaimanapun beliau menyangkal tindakan itu sebagai satu kesalahan kerana mendakwa Presiden Pas pada waktu itu cenderung kepada Pakatan Rakyat (PR). – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button