Politik

Undian tukar Yang Dipertua faktor bubar Parlimen perlu

KEDUDUKAN kerajaan dalam Dewan Rakyat hari ini menjangkakan pembubaran Parlimen perlu diadakan susulan jumlah undian pertukaran Yang Dipertua membimbangkan.

Hal demikian kerana undian yang diperoleh kerajaan berada pada tahap 50-50 iaitu hampir tidak mendapat sokongan walaupun dua Ahli Parlimen tidak mengundi.

Justeru, pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya umum (PRU) mengejut akan diadakan dalam masa terdekat.

“Keputusan ini agak mengejutkan bagi Pemuda PAS kerana seolah-olah ia adalah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar bahawa PRU akan berlaku dalam masa terdekat.

“Dengan keadaan undi belah bahagi yang memperlihatkan sokongan pengosongan jawatan itu sebanyak 111  dan yang membantah sebanyak 109.

BACA > Ini bukan zoo, ini Dewan Rakyat, kata Azhar — Suara Merdeka

“Maka isyarat ini lebih kuat untuk memastikan pengukuhan kerajaan perlu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan menyerahkan semula mandat kepada rakyat,”

Jelas Khairil, Pemuda PAS menyokong pertukaran speaker jika ia dilihat untuk mengukuhkan lagi keputusan pihak kerajaan mengadakan PRU secepat yang boleh.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata ia isyarat jelas daripada kerajaan Perikatan Nasonal (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan PN hari ini membentangkan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

BACA > Tipu pampasan Perkeso, tiga termasuk dua beranak ditahan — Suara Merdeka

Usul itu kemudian diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju.

Keputusan itu membolehkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Mengulas lanjut, Khairil berkata kredibiliti calon speaker baru ini terkenal dengan beberapa isu kontroversi berkaitan dengan isu Melayu dan Islam.

“Apabila dinaikkan menjadi speaker pastinya akan timbul beberapa persoalan.

“Namun bagi Pemuda PAS, jika isyarat pembubaran Parlimen ini adalah benar, maka seluruh jentera di semua peringkat perlu bersedia berhadapan dengan kemungkinan ini.

“Dalam keadaan rakyat dilihat berpihak kepada kerajaan yang telah membuktikan prestasi yang terbaik dalam menguruskan negara.

BACA > Sidang DUN Selangor bertegang isu khianat mandat rakyat — Suara Merdeka

“Walaupun dalam tempoh tidak sampi empat bulan, berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lepas,” ujarnya. – SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button