NasionalNegeri

Ramadan ajar kita saling membantu, kukuhkan hubungan, bekerjasama

RAMADAN mengajar tentang peranan setiap daripada kita untuk saling membantu, saling mengukuh hubungan serta saling bekerjasama untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera dan menjayakan sesebuah organisasi.

Apapatah lagi bagi menegakkan syiar agama Islam melalui usaha mengamalkan setiap ajarannya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menunaikan solat Zohor di Masjid Daerah Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda bersempena Program Eks PerBah 2023 tersebut disambut oleh Imam Besarnya, Ustaz Mohamad Khairul Abdul Rajak serta para pegawai masjidnya.

Dalam kenyataan MAIPs, sempena kunjungan tersebut juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada masjid berkenaan yang diterima oleh Mohamad Khairul untuk tujuan aktiviti dakwah. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda Perlis rasmi Seminar Advance Acute Internal Medicine di Sandakan

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button