Ekonomi

Kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”: Warga emas serbu Giant setiap Rabu

SEIRING dengan sambutan ulang tahun pertama kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant memberi lebih penjimatan harga bagi warga emas bermula kelmarin sehingga hujung tahun ini.

Giant peruncit makanan terkemuka di bawah Kumpulan Runcit DFI (DFI) dalam kenyataannya berkata, kempen ini memberi semua warga emas termasuk yang berstatus Penduduk Tetap tambahan diskaun sebanyak 3% bagi hampir keseluruhan barangan pada setiap hari Rabu.

“Sejak permulaan kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant Malaysia menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan keperluan harian.

“Dengan tambahan diskaun untuk warga emas, pelanggan Giant sudah pasti akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di Giant Hypermarket dan di kedai TMC seluruh negara,” kata Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan), Lee Yik Hun.

Menurut Yik Hun dalam kenyataan yang sama, warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 3% tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi.

Jelas Yik Hun, pengecualian hanyalah untuk pembelian rokok, susu tepung bayi, E-Pay, baucar hadiah/kad hadiah, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar serta tambah nilai ‘Touch ‘n Go’.

“Kesemua warga emas rakyat Malaysia termasuk yang mempunyai status Penduduk Tetap berumur 60 tahun ke atas akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran,” katanya.

Kata Yik Hun lagi, antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi yang menawarkan rasa yang hebat pada nilai yang berpatutan.

“Kami di Giant sangat gembira membantu pelanggan kami mendapat lebih penjimatan dengan harga yang lebih rendah setiap hari serta diskaun tambahan 3% setiap hari Rabu untuk warga emas.

“Mereka boleh terus menikmati penjimatan untuk pembelian barangan harian kerana penjimatan yang kecil itulah yang membuat perbezaan yang besar!,” katanya.

Antara pembelian yang mendapat sambutan yang tinggi daripada warga emas adalah barangan seperti biskut, oat segera, produk tenusu/susu dewasa, alat bantu memasak, beras, minyak masak dan juga lampin dewasa.

Sementara itu, pelanggan tetap Giant, Mohamed Ahmad, 83, berkata, beliau amat menghargai usaha Giant Hypermarket kerana memberi harga yang lebih rendah untuk membeli barangan keperluan harian bagi warga emas seperti beliau.

“Dengan penjimatan tambahan ini, saya boleh membeli lebih banyak barangan. Terima kasih Giant,” katanya.

Seorang lagi pelanggan tetap Giant, Muhalim Kamarudin, 61,  berkata, beliau boleh berjimat dengan berbelanja pada setiap hari Rabu walaupun dalam keadaan ekonomi semasa dan harga barangan yang semakin meningkat.

“Anak perempuan saya akan membawa saya membeli barangan keperluan di Giant Hypermarket pada hari Rabu.

“Saya sangat gembira kerana bukan sahaja saya dapat meluangkan masa dengan anak malah saya juga dapat berbelanja dengan jimat,” ujar beliau.

Giant Malaysia kekal komited untuk menyediakan persekitaran membeli-belah yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan mereka terutamanya bagi pelanggan yang berkeperluan khas.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Giant sedang berusaha untuk mewujudkan lorong pembayaran keutamaan khas secara kekal di semua Giant Hypermarket bagi memendekkan masa menunggu terutamanya bagi kumpulan istimewa, warga emas.

Giant Malaysia, peruncit makanan terkemuka di bawah Kumpulan Runcit DFI (DFI) hari ini mengumumkan ulang tahun pertama kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”.

Sempena ulangtahun kempen tersebit, Giant memperkenalkan beberapa barangan penting yang selalu dibeli oleh pelanggan sebagai barangan tambahan di bawah kempen ini.

Terdapat lebih 100 barangan baru yang ditambah. Antaranya:

  • Pek Jumbo MOLFIX Extra Dry Pants pada harga RM27.50
    • Beras Wangi Thailand CAP UDANG AAA 10kg pada harga RM37.95
    • Tisu Muka Mewah 3 lapis VINDA 4x120s Pek Lembut pada harga RM10.50
    • Isian Semula Cecair Pencuci Pakaian BREEZE 3.2kg pada harga RM18.50
    • Isian Semula Gel Mandian DETTOL 850ml pada harga RM11.90
    • Isian Semula Pelembut Pakaian SOFTLAN 1.5-1.6L beli 2 pek pada harga RM11. – SM
(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button