Nasionalpilihan

KEMAS peruntuk RM21.9 juta bina premis TABIKA dan TASKA

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperuntukkan sejumlah RM 21.9 juta kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah peruntukan pembangunan bagi tujuan pembinaan premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) pada tahun 2022.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, sejumlah 42 buah TABIKA dan 5 TASKA KEMAS dapat dibina di seluruh negara.

“KPLB memahami hasrat Keluarga Malaysia yang mahukan supaya Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak- Kanak (TASKA) KEMAS diwujudkan dengan lebih banyak bagi menampung permintaan yang amat tinggi setiap tahun khususnya di kawasan pinggir bandar dan bandar-bandar.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada bakal Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS. Foto: FB Rahman Mohamad

Pembinaan premis tabika dan taska yang baru ini sekaligus dapat memastikan kanak-kanak berusia seawal usia 2 hingga 6 tahun mendapat pendidikan awal yang berkualiti khususnya menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KEMAS”, ujar Abdul Rahman.

”KEMAS juga bersedia untuk melatih lebih ramai warga pendidik dalam memastikan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak menepati piawaian yang ditetapkan sekaligus menjadikan KEMAS sebagai jenama yang paling dipercayai oleh Reader’s Digest menerusi Anugerah Emas yang diterima dalam kategori Pendidikan Awal Kanak-Kanak baru-baru ini.

Kejayaan KEMAS menerima anugerah ini mengulangi kejayaan pada tahun 2020 dan 2017,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada bakal Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS hari ini.

Antara bakal Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS yang menerima Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak hari ini. Foto: FB Rahman Mohamad

“Kita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan kerjasama yang sangat baik untuk membenarkan kita mendirikan bangunan TABIKA dan TASKA KEMAS di kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan.

“Dengan pertambahan bilangan kelas TABIKA dan TASKA KEMAS kita juga perlu menyediakan tenaga pengajar yang terlatih untuk mendidik kanak-kanak.

“Mereka ini telah diberikan segala ilmu berkaitan pendidikan awal kanak- kanak selama menjalani latihan 3 bulan lalu. Kita yakin dan percaya bakal Pendidik Masyarakat ini mampu untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan baik setelah mereka ditempatkan di lokasi yang ditetapkan untuk mendidik anak-anak.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2009 sehingga kini, seramai 7,043 orang Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS dan TASKA KEMAS telah mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK).

“Kita mahu supaya dengan adanya premis yang berkualiti, pendidik masyarakat yang berkualiti akan melahirkan generasi masa depan yang juga berkualiti serta dapat mengekalkan pencapaian terbaik yang di terima oleh pihak KEMAS”, ujar beliau lagi. – SM

Artikel berkaitan > KEMAS terima pengiktirafan Readers Digest sebagai Jenama Paling Dipercayai

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button