KesihatanNasional

Katil ICU Putrajaya, Selangor melebihi penggunaan 50%

426 kes baharu Covid-19

SEBANYAK 426 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, 244 kes atau 57.3% adalah termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 182 kes atau 42.7% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 97 kes diikuti Perak (57) dan Johor (40).

Sebanyak 445 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 161 atau 19% daripada jumlah kapasiti.


Katil ICU yang melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Putrajaya (67%) dan Selangor (51%).

Sejumlah 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 11% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,845 dengan 113 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.85. – SM

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button