Nasional

Pertambahan bangunan kurangkan kadar penyerapan air

PENINGKATAN pembangunan di Kuala Lumpur menyebabkan kecekapan sistem penyuraian banjir sedia ada seperti kawasan takungan dan terowong Smart berkurangan.

Impak daripada itu dapat disaksikan di ibu kota semalam apabila beberapa kawasan yang sesak digenangi air sehingga tiga meter.

Insiden sedemikian memberi gambaran, Pusat Bandar Kuala Lumpur memerlukan sistem penyuraian banjir yang baharu bagi menambah baik kaedah sedia ada.

Kejadian banjir semalam berisiko untuk berulang kembali sekiranya tiada tindakan sedemikian diambil oleh pihak berwajib.

“Wirawati Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menyarankan agar pihak berkuasa seharusnya menyediakan pelan komprehensif untuk menyelesaikan isu banjir kilat dengan segera.

“Kerajaan wajar memikirkan kaedah seperti menambah laluan sistem saliran air serta menambah kawasan takungan air.

“Tidak sekadar mengharap kepada terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) dan sistem takungan sedia ada.

“Kerana pertambahan bangunan di bandaraya akan terus mengurangkan kecekapan kadar penyerapan air di ibu Negara.”

Demikian kata Ketua Wirawati Putra Wilayah Persekutuan, Nurhafizah Jamalludin mengulas insiden banjir di Kuala Lumpur semalam.

Hujan lembat sejak pukul 3 petang semalam mengakibatkan beberapa lokasi seperti Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Jalan Gurney, Lorong Ayer leleh dan Jalan San Ah Wing digenangi air.

NURHAFIZAH JAMALLUDIN

Banjir di Jalan Gurney off Jalan Semarak didapati naik setinggi 3 meter dan terdapat 10 orang mangsa terperangkap di dalam rumah.

Sementara lokasi lain pula air naik sekitar 1 hingga 1.5 meter.

Kejadian banjir tersebut berlaku pada waktu puncak menyebabkan kesesakan luar biasa berlaku di ibu kota.

Dalam pada itu, Nurhafizah menambah, isu banjir di ibu kota bukanlah perkara baharu, malah penghuninya dikatakan bosan dengan masalah sama berlaku.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya menunggu sehingga berlaku tragedi baharu hendak bertindak.

“Sebenarnya, penghuni bandaraya dan pengguna jalan raya sudah muak berhadapan dengan masalah banjir terutamanya ketika waktu puncak.

“Kita tidak seharusnya menunggu sehingga berlakunya suatu tragedi untuk bertindak menyelesaikan masalah yang semakin meruncing ini.

“Ia sewajarnya menjadi keutamaan kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jika mereka benar-benar fokus untuk menyelesaikan hal ini, pasti pelan yang terancang dan teratur diumum dan diusahakan agar rakyat rasa lebih selamat apabila berlaku hujan lebat,” gesanya. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button