Nasional

PM Anwar berjumpa Gabenor Bank Negara yang baharu

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabat beliau, semalam.

Datuk Shaik bakal mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada 30 Jun ini.

“Saya menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada beliau dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.

“Dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.

“Saya utus penghargaan buat Tan Sri Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi Bank Negara Malaysia (BNM) terutamanya ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh wabak menyerang,” kata Anwar di Facebook.

Anwar berkata, beliau menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta.  – SM

 

(Visited 152 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button