BeritaEkonomiNasional

Najib dakwa projek RTS diturun darjat daripada MRT kepada LRT

SUARA MERDEKA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjimatan pembinaan RTS adalah kerana tahap projek diturunkan daripada MRT kepada LRT.

Langkah itu akan menyukarkan bila sambungan secara teknikal dengan kemudahan pengangkutan awam di Singapura yang berada di tahap MRT.

Selain itu dalam hantaran Facebook peribadinya Najib berkata, apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam hanya di sebelah pihak kerana Singapura belum menyatakan persetujuan.

Menurut beliau negara jiran itu hanya mengalu-alukan kenyataan tersebut serta akan mengkajinya dan sudah pasti akan mengambil masa yang lama.

“Apa yang diumumkan oleh PH tentang RTS semalam hanya apa yang diusulkan pihak Malaysia. Belum ada persetujuan dari pihak Singapura,” katanya.

Baca berita ini https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/singapura-alu-alukan-keputusan-malaysia-teruskan-laluan-rts-jb-s/4357382.html

Semalam Dr. Mahathir dilaporkan berkata, penjimatan sebanyak RM1.77 bilion dapat dibuat selepas projek berkenaan dikaji semula oleh Malaysia.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button