Nasional

Anwar terbuka mengenai dana politik PKR

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka kepada sebarang siasatan berhubung pembiayaan politik yang diterima atau diberikan kepada PKR.

Beliau juga mengakui bahawa terdapat keperluan untuk satu perundangan yang komprehensif mengenai isu pembiayaan politik di negara ini.

“Saya terbuka kepada sebarang persoalan siasatan berhubung dana yang diterima PKR.

“Dalam masa yang sama, kita juga memerlukan undang-undang mengenai dana politik kepada parti,” katanya semasa soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai perkara berkaitan, Anwar berkata pihak penguatkuasaan tidak hanya tertumpu kepada Pembangkang kerana terdapat individu dari pihak kerajaan yang turut disiasat.

“Saya tidak tahu siapa mereka atau (apa) kedudukan mereka tetapi saya dimaklumkan ada siasatan melibatkan individu daripada blok pembangkang dan kerajaan.

“Sama ada pendakwaan akan dilakukan atau tidak terhadap individu ini terpulang kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Perikatan Nasional-Rantau Panjang). -SM

BACA JUGA : Kekal Azam Baki elak persepsi perdana menteri bertukar, Ketua Pesuruhjaya SPRM pun bertukar

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button