Sukan

Kapten Amerika julang AS

Christian Pulisic yang terkenal dengan gelaran Kapten Amerika memastikan Amerika Syarikat menjulang piala kejuaraan CONCACAF Nations League.

Pemain muda Chelsea itu yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan Uncle Sam itu diberi sepakan penalti selepas dirempuh dua pemain Mexico di dalam kotak penalti.

Pulisic menyempurnakan dengan baik apabila meledak bola ke penjuru jaring gol.

Sebelum itu kedua-dua pasukan telah terikat 2-2 untuk 90 minit perlawanan, dan dilanjutkan 30 minit tambahan.

Selepas jaringan Pulisic, Mexico berpeluang menyamakan kedudukan apabila turut mendapat penalti, tetapi telah diselamatkan oleh penjaga gawang Amerika.


Gol-gol Amerika dijaringkan oleh Gio Reyna, Weston Mckennie dan Christian Pulisic.

Gol Mexico jaringan Jesus Corona dan Diego Lainez.

 

 

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button