Nasional

Hanya enam alasan diterima untuk rentas negeri hingga selepas Aidilfitri

BERIKUTAN peningkatan kes Covid-19 sejak empat hari lalu, polis telah mempertingkatkan arahan kebenaran untuk perjalanan rentas negeri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pergerakan rentas negeri pada hari Jumaat hingga Ahad adalah tidak dibenarkan.

“Hanya enam alasan yang akan diterima iaitu melibatkan urusan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

“Kebenaran itu juga hanya diberikan bermula hari Isnin hingga Khamis sahaja. Jumaat hingga Ahad tidak dibenarkan rentas negeri termasuk melibatkan enam alasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Acryl, permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang.

Jelasnya, arahan tersebut akan akan berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kegagalan masyarakat untuk patuh pada prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan, pihaknya memandang serius perkara berkenaan.

“Kita telah pasukan pemantau pematuhan SOP termasuk Ketua Polis Daerah untuk memantau lokasi yang dilaporkan gagal patuh pada SOP.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” katanya. -SM

(Visited 604 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button