JenayahNasional

30 wanita ditahan, serbuan pusat hiburan terkenal

30 wanita tempatan dan warga asing berumur antara 25 tahun hingga 42 tahun ditahan dalam satu serbuan sebuah pusat hiburan terkenal di Ipoh, Perak, dua hari lalu.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 orang warganegara China, sembilan orang daripada Vietnam, dan masing-masing tiga daripada Bangladesh dan Malaysia.

Serbuan yang dianggotai 43 orang Pegawai Imigresen pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri Perak memulakan operasi dan risikan sejak sebulan yang lalu selepas mendapat maklumat awam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berkata modus operandi yang digunakan oleh sindiket adalah menyasarkan pelanggan daripada kalangan pelanggan tetap sahaja dengan membuat tempahan melalui panggilan telefon.

Usaha melarikan diri berjaya dipatahkan pihak berkuasa

“Semasa serbuan dilakukan, wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pusat hiburan cuba lari dan bersembunyi di bilik-bilik rahsia yang dibina khas bagi mengaburi pegawai penguatkuasa termasuk bersembunyi diatas syiling dan bumbung bangunan pusat hiburan.

“Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang pasukan melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut berjaya dipatahkan” katanya

Kes disiasat dibawah  Akta Imigresen 1959/63 dan  Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan dibawa ke Jabatan Imigresen Negeri Perak, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut manakala kesemua pelanggan yang diperiksa dalam operasi ini dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan. – SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button