Nasionalpilihan

Maritim Malaysia rakam ucapan tahniah setahun Kerajaan MADANI

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana berjaya memacu pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah setahun Kerajaan MADANI mentadbir negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, Datuk Seri Saifuddin telah berjaya menyelesaikan isu kelewatan Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) yang telah tertangguh hampir dua tahun untuk disiapkan.

Kejayaan ini membuktikan Kerajaan MADANI begitu serius menyelesaikan isu yang dihadapi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) demi memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan KDN sempena Sambutan Setahun KDN MADANI yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Encik Norzam Mustapa.

Datuk Hamid turut berkata, selain berjaya menyelesaikan isu OPV1, Datuk Seri Saifuddin turut berusaha memastikan aset Maritim Malaysia ditambah dengan memberikan justifikasi kukuh kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan peruntukan yang besar kepada agensi ini bagi penambahan sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas untuk digunakan bagi tujuan rondaan dan operasi di Zon Maritim Malaysia menerusi pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Melalui pengumuman berkenaan, Maritim Malaysia akan dapat menggantikan kapal serta bot milik agensi ini yang telah uzur sekaligus dapat meningkatkan kawalan perairan negara dengan lebih optimum.

Terdahulu Datuk Seri Saifuddin dalam ucapan yang sama menyatakan hasrat untuk melihat dua lagi kapal OPV untuk siap sepenuhnya seterusnya dapat belayar sebagaimana OPV1. Datuk Hamid menegaskan pihak Maritim Malaysia akan memastikan ia menjadi realiti.

Bersempena Sambutan Setahun KDN MADANI, Datuk Hamid turut merakamkan ucapan tahniah kepada jabatan dan agensi di bawah Kementerian ini yang telah mencapai kejayaan berdasarkan bidang masing-masing selama setahun YB Datuk Seri Saifuddin menerajui Kementerian ini. – SM

Artikle berkaitan > OPV1 uji kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button