Nasional

Azam Baki dilantik mengetuai SPRM

DATUK Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Azam itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM dilantik bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya minggu lepas.

Latheefa menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Peletakan jawatan Latheefa adalah yang kedua membabitkan pegawai kanan kerajaan selepas Tommy Thomas meninggalkan jawatannya sebagai peguam negara pada 28 Feb lalu.

Latheefa dan Thomas dilantik ke jawatan masing-masing selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU ke-14 pada Mei 2018 -SM

(Visited 679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button