BanjirNasionalNegeri

Banjir: Sukarelawan Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis, MAIPs ke Johor

SUKARELAWAN dari Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah melancarkan misi membantu mangsa banjir terbaharu di Johor.

Misi yang melibatkan seramai 20 sukarelawan yang diketuai Pengerusi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis, Reswan Ramli ini turun membantu di kawasan terkesan banjir iaitu daerah Segamat dan Batu Pahat sejak semalam sehingga 15 Februari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, misi yang hasil kerjasama MAIPs dqn pertubuhan ini juga mendapat perhatian daripada penyumbang yang prihatin terhadap mangsa banjir.

Beliau berkata, semua barang bantuan dari Perlis dibawa dengan menggunakan sebuah lori, enam kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.

“Antara barang yang disumbangkan adalah 300 unit selimut tebal, 300 selimut, 300 helai kain pelikat, 300 helai kain batik dan air mineral,” katanya.

Sementara itu, dalam program berasingan di Masjid Al-Muttaqin Padang Besar Kurong Anai baru-baru ini, MAIPs telah menyerahkan agihan zakat kepada 70 penerimanya dari Kariah Padang Besar Kurong Anai dan 70 lagi dari kariah Bohor Mentalon.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dan jumlah keseluruhan yang disumbangkan MAIPs sebanyak RM98,000.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan bantuan ini kepada penerima. – SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button