Ekonomi

Kayu gaharu KAYANGAN dijadikan pewangi kereta

SYARIKAT Treasure Tree bakal mengeluarkan produk wangian kereta berasaskan kayu gaharu dan ia merupakan kali pertama dipasarkan dalam negara.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pihak pengeluar produk, wangian daripada kayu gaharu dapat membangkitkan mood atau aura positif.

Mengikut kepercayaan setengah pihak, bau kayu gaharu ini dapat mengelak daripada didekati jin dan syaitan.
Pewangi kereta kayu gaharu dikenali dengan nama KAYANGAN dan pihak syarikat yang mengeluarkan produk ini percaya, ia akan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli.


Pengarah Syarikat Treasure Tree, Datuk Ahmad Fathiri berkata, idea untuk mengeluarkan produk ini tercetuk selepas pasca Covid-19.

Katanya, ramai usahawan yang jatuh terduduk dan disebabkan itulah, beliau ingin membantu orang ramai menjana pendapatan.

“Kaedahnya mudah iaitu melalui sistem Affiliate Marketing dan saya mengharapkan KAYANGAN dapat membuka pintu rezeki kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan menggunbakan sistem Affiliate bukan sama seperti MLM malahan untuk pendaftaran, bermula dengan RM100 sahaja.

“Apa yang paling peting di sini ialah rangkaian perlu kuat. Networking mesti kuat dan dengan itu, ia akan memudahkan penjualan menerusi system Affiliate,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon lelaki, Asyraf Muslim menunjukkan minat yang dalam untuk menjayakan misi membantu orang ramai meningkatkan ekonomi bersama pengasas wangian itu.

“Saya mengenali Datuk sudah lama. Datuk ini sentiasa memberikan idea perniagaan yang bukan sahaja tidak pernah ada di Malaysia malahan beliau berani melakukannya,” katanya.

Mengakui masih baharu dengan sistem Affiliate, Ashraf berkata, sebelum ini beliau pernah buat MLM dan di antara kedua-dua sistem ini, ada perbezaan.

Orang ramai yang berminat boleh sertai Treasure Tree dan menjadi ahli The First 100 Club.
Selain boleh menjana pendapatan dan mendapat komisyen, ahli The First 100 Club juga berpeluang membawa pulang kereta mewah jenis BMW atau satu unit kondominium. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button