Nasional

Iran akui kejayaan Malaysia dalam inisiatif vaksinasi Covid-19

KEBANYAKKAN rakyat Iran yang tinggal di Malaysia juga mendapat manfaat daripada Program Vaksinasi apabila sebilangan besar rakyat negara tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin Covid-19.

Dalam kalangan rakyat Iran yang tinggal dalam negara ini, ada yang menerima dos pertama dan juga dos kedua vaksin Covid-19 termasuklah semua kakitangan dan diplomat di Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan, pihak berkuasa Malaysia harus dipuji dalam langkah yang diselaraskan dan adil ini dan kesemua diletakkan di bawah penjagaan kesihatan.

“Pandemik Covid-19 adalah wabak satu dunia dan ia menjadi kejutan selama hampir dua tahun dan hubungan sesame manusia kini dibayangi dalam semua dimensi wabak ini.

“Virus Corona yang membawa maut membahayakan nyawa manusia di seluruh dunia dan penduduk planet ini menyaksikan kematian yang tinggi. Kemanusiaan diuji dengan serius,” kata satu kenyatan dari pejabat Kedutaan Besar Iran di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, penyelidikan saintifik dan perubatan telah membawa kepada penghasilan vaksin Covid-19 dan keutamaan kerajaan Malaysia, menurut kenyataan itu lagi, dalam vaksinasi di seluruh negara dianggap sebagai penghalang serius terhadap kematian.

“Walau bagaimana pun, risiko penyakit ini belum dihapuskan dan apabila Malaysia melancarkan Program Vaksinasi Kebangsaan pada masa yang kritikal dan penting dengan langkah-langkah yang perlu, ia telah meningkatkan bilangan orang yang diberi vaksin kepada lebih daripada 20 juta dos dalam beberapa bulan.

“Langkah penting yang membawa kepada kekaguman dunia. Rekod harian sebanyak 500,000 adalah kadar vaksinasi tertinggi di Malaysia.

“Malaysia dalam inisiatif Vaksinasi Kebangsaan termasuk semua warganegara asing dan tiada pengecualian dibuat oleh pegawai kesihatan adalah satu langkah dan inisiatif yang sangat membina. Vaksinasi tanpa diskriminasi,” kata kenyataan tersebut.

Dalam penyelarasan antara Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Komuniti Diplomatik di Kuala Lumpur, Kedutaan Republik Islam Iran menzahirkan rasa syukur dengan kerjasama penuh dan ikhlas serta bantuan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button