fbpx
BeritaNasional

Jakim kurang peka isu semasa, teks khutbah Jumaat sentuh galakkan pelancongan

HARI ini seluruh dunia bercakap tentang  kewujudan sejenis virus baharu yang mudah tersebar menerusi udara.

Justeru, ia sangat mudah menjangkiti manusia.

Antara simptom yang ditunjukkan adalah bermula dengan demam dan selesema biasa.

Virus baharu ini adalah sejenis koronavirus, yang tergolong dalam keluarga virus sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan sindrom penafasan Timur Tengah (MERS) yang pernah menyerang banyak negara pada 2002 dan 2003.

Ia dinamakan sebagai 2019-nCov atau novel koronavirus (coronavirus) kerana berpunca daripada haiwan.


Angka kematian membabitkan virus ini dilaporkan telah meningkat kepada lebih 200 orang manakala beribu-ribu lagi sedang dirawat.

Malangnya tajuk khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk rujukan seluruh negara adalah Malaysia Destinasi Mesra Pelancongan Islam.

Ketika masjid-masjid di negara lain termasuk Singapura menutup sementara aktiviti lawatan oleh pelancong luar, sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan jangkitan koronavirus, Malaysia masih menggalakkan pelancongan.

Benar masih tedapat sedikit peringatan diberikan kepada para jemaah, namun ia dilihat ‘sekadar melepaskan batuk di tangga’.

Situasi ini sekali gus menggambarkan ketidakpekaan pihak terbabit dalam membantu  menyebarkan maklumat dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan koronavirus.

Dalam hal ini, Jakim sebagai tempat rujukan masyarakat Islam sewajarnya sensitif terhadap hal-hal sekeliling yang berlaku, bukannya bersikap seperti burung kakak tua yang hanya bercakap mengikut kepentingan pihak tertentu.

Show More

Related Articles

Back to top button