NasionalNegeri

RM333,120 peruntukkan selenggara lif Pangsapuri Seri Sena

KERAJAAN Perlis menyalurkan peruntukan sebanyak RM333,120.00 kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Seri Sena.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman berkata, selain itu melalui Bahagian Perumahan juga telah melantik sebuah syarikat secara kontrak bagi melaksanakan kerja-kerja pencucian dan pembersihan di PPR tersebut dengan kos perbelanjaan tahunan berjumlah RM552,000.

“Bagi memastikan isu kebersihan dan kerosakan lif di PPR ini diatasi dalam jangka panjang, kerajaan negeri akan menjadikan Dasar Komuniti Negara sebagai aspirasi dan panduan dalam membudayakan norma baharu kepada kehidupan penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan (Pakatan Harapan (PH)- Gan Ay Ling) pada Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Ke-5, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-14 pada 30 dan 31 Mac.

Azizan berkata, fokus akan diberikan untuk merubah mentaliti dan sikap penduduk PPR.


Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pusat, swasta dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam merealisasikan objektif utama Dasar Komuniti Negara.

Iaitu mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal, katanya.

Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Ke-5, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-14 pada 30 dan 31 Mac. – GAMBAR IHSAN JABATAN PENERANGAN PERLIS

“Melalui dasar ini, Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) telah diwujudkan di PPR Pangsapuri Seri Sena, Kangar dan diuruskan oleh pegawai KPKT,” jelas beliau.

Katanya lagi, PSMK menjadi platform dan penghubung antara komuniti PPR dengan pelbagai agensi bagi membudayakan penduduk dalam menangani isu setempat, melaksanakan program dan menyemai rasa tanggungjawab dan kepunyaan (sense of belonging).

Azizan berkata, dengan adanya perubahan minda dan budaya hidup masyarakat PPR, isu seperti vandalisme, kebersihan, jenayah dan perkara negatif yang lain akan dapat ditangani dengan efisien dan efektif. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button