fbpx
Politik

Kabinet baharu: Zahid, Tuan Ibrahim sebagai TPM?

LEWAT malam tadi tersebar cerita kabinet baharu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 3 petang ini.

Senarai menteri kabinet yang baharu turut diedarkan kepada media yang antara lainnya ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Zahid juga sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohamad Hasan (akan dilantik sebagai senator) Menteri Kewangan II :  Datuk Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri : Datuk Abd Rahim Bakeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Nazlan Idris


Bagaimanapun sumber memberitahu senarai itu adalah palsu.

Bila diteliti memang tidak benar kerana terdapat satu nama untuk dua jawatan timbalan menteri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mustapha Mohamad Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Dato’ Seri Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman.

SENARAI PENUH:

EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020 PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL TEKS UCAPAN PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU KERAJAAN 22 OKTOBER 2020

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,

1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.

2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakanrakan pimpinan daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini. CITRA BAHARU KABINET, DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai oleh negara kita. EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020

4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

5. Justeru, pembentukan cabinet ini akan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap rakyat di Malaysia mengharungi saat-saat getir fasa pemulihan pandemik ini.

6. Barisan kabinet yang dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidangbidang tertentu.

7. Saya juga akan memastikan kabinet ini sebagai sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.

8. Saya berserah kepada Allah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya diumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri seperti berikut :

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi YAB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Menteri Kewangan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan (akan dilantik sebagai senator) Menteri Kewangan II : YB Dato’ Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri : YB Datuk Abd Rahim Bakeri

EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mustapha Mohamad Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman

Menteri Pertahanan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri : YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof Timbalan Menteri : YB Dato’ Sri Hasan Arifin

Menteri Pendidikan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong Timbalan Menteri : YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Alam Sekitar Dan Air YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Menteri : YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Menteri Sumber Manusia YB Datuk Seri M. Saravanan Timbalan Menteri : YB Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020

Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad Timbalan Menteri : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pertanian dan Industri Makanan YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Dalam Negeri YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri : YB Tuan Ahmad Fadhli Shaari

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tan Sri Noh Haji Omar Timbalan Menteri : YB Tuan Haji Ahmad Hassan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri : YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Timbalan Menteri : YB Tuan Arthur Joseph Kurup

Menteri Wilayah Persekutuan YB Hajah Zuraida Kamaruddin Timbalan Menteri : YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Belia dan Sukan YB Mohd Shahar bin Abdullah Timbalan Menteri : YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020

Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri : YB Dato’ Jalaluddin Alias

Menteri Luar Negeri YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri : YB Jonathan Yassin

Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Hj Ahmad Timbalan Menteri : YB Willie anak Mongin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Dato’ Seri Tiong King Sing Timbalan Menteri : YB Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Kesihatan YB Dato’ Sri Dr Adham Baba Timbalan Menteri : YB Senator Mah Hang Soon

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Timbalan Menteri : YB Haji Awang Hashim

EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri : YB Datuk Zakaria Mohd Edris

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perhubungan Antarabangsa) YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) YB Datuk Seri Ahmad Maslan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Timbalan Menteri : YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Dato’ Seri Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri : YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Melihat kepada senarai palsu ini ia lebih kepada usaha untuk menimbulkan pergeseran di dalam kerajaan PN.

Jadi anggaplah senarai ini sebagai hiburan politik semasa. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button