NasionalPolitik

Adakah Nama Parti Bersatu Akan Tersemat Dalam Buku Sejarah Atau Bakal Dipadam Musuh?

Sejak zaman berzaman, hakikat dunia menunjukkan sejarah sesebuah negara akan ditulis oleh sesiapa yang menang dan bagi mereka yang tidak berjuang, hanya akan menelan bulat-bulat sejarah itu tanpa selidik.

Mengingat kembali buku teks sejarah yang wajib dipelajari, dihafal untuk lulus peperiksaan dan kalau gagal, bermakna kita akan dipandang manusia paling bangsat oleh kawan-kawan termasuklah guru.

Mengapa? Kawan-kawan akan menganggap kita bodoh dan guru akan kecewa kegagalan pelajar untuk lulus peperiksaan hanya akan menjejaskan prestasi dan nama baik mereka sahaja.

Mengingat kembali buku teks sejarah itu, apabila menyentuh isu kenegaraan terutamanya perjuangan politik menuntut kemerdekaan negara, banyak nama parti politik harus dihafal.

Baik Kesatuan Melayu Singapura, UMNO, MCA dan MIC mahu pun Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkata Pemuda Insaf (API), Angkata Wanita Sedar (Awas), Barisan Tani Malaya (Batas) dan Pembela Tanah Air Malaya (Peta).

Inilah antara nama-nama yang perlu dihafal oleh generasi 70-an, 80-an, 90-an dan anak-anak millenium menerusi sistem pendidikan negara.

Namun untuk generasi kelahiran tahun 2021 dan ke atas kelak, sejarah yang mana pula akan mereka pelajari? Masih bercakap soal kemerdekaan negara atau tumbangnya kerajaan BN, diganti PH, dikuasai PN, diserahkan kembali kepada ‘kerajaan tuanku’?

Antara sejarah menarik untuk dikenang ketika ini adalah kisah Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu yang lahir untuk menyambung naratif sejarah perjuangan bangsa yang berdepan pelbagai konflik.

Pertama, Bersatu adalah ‘benih baharu’ berbapakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, hasil penceraian daripada parti politik terbesar UMNO.

Kalau ‘benih lama’ hasil penceraian daripada UMNO pula, sudah pasti ia berbapakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kedua, meski pun kedua-dua benih ini datang dari DNA UMNO namun misi penubuhan parti itu amat berbeza sama sekali kerana matlamatnya langsung tak sebulu.

Memetik tulisan Soultan Yakin kepada portal MalaysiaNow, dia berpendapat PKR cuba menjadi parti negara sedangkan Bersatu cuba untuk menggantikan Umno kleptokrat.

Namun dalam sudut kontroversi baru-baru ini, PKR sudah tentu tiada ruang untuk terlibat sebagai kerajaan tetapi Bersatu pula walaupun kecil, tetap menjadi penyumbang kepada Datuk Seri Ismail Sabri.

Maka di sini, ada juga sumbangan Bersatu dalam membentuk sesebuah kerajaan atau menentukan siapakah gerangan pemimpin yang layak disokong sebagai Perdana Menteri.

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button