NasionalUncategorized

Jurujual emas dirompak di tengah lebuh raya

SEORANG jurujual syarikat pengedar barangan kemas berdepan detik cemas apabila dirompak tiga lelaki bersenjata di tengah Lebuh raya Besraya, Kuala Lumpur petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.35 petang ketika mangsa bersama seorang rakannya yang memandu kereta berkenaan dari Jalan Kuchai Lama menuju ke Sungai Besi bagi urusan jual beli emas di beberapa buah kedai.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, kenderaan mangsa bagaimanapun telah ditahan oleh dua buah kereta jenis Toyota Hilux berwarna hitam di bahagian depan dan belakang.

“Tiga suspek yang bersenjatakan parang telah menghampiri kereta mangsa dan memecahkan cermin sebelum menarik kedua-dua mangsa keluar daripada kereta.

“Suspek kemudian telah bertindak melarikan kereta mangsa bersama wang tunai dan emas yang ada di dalam kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, susulan kejadian telah mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan.

Jelasnya, mangsa memberitahu kesemua suspek berbadan besar, makai baju lengan panjang dan topeng muka ski.

“Hasil maklumat juga telah menemukan kereta mangsa di kawasan Damansara, Seangor dalam keadaan terbakar.

Keadaan kereta mangsa yang dicuri suspek sebelum dibakar dan ditemukan di Damansara, Selangor. – Gambar ihsan IPD Brickfields

“Usaha untuk mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini oleh menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-22979222.

Semalam, tular video di laman sosial berkaitan kes rompakan tersebut yang dilakukan di lorong paling kanan lebuh raya itu.-SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button