NasionalNegeri

JPJ Perlis bimbang trend topi keledar “kura-kura” berleluasa

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis bimbang apabila trend memakai topi keledar “kura-kura” di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal semakin berleluasa di negeri ini.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, lebih membimbangkan sebab ia bukan menjadi pilihan orang muda sahaja malah semua peringkat umur termasuk warga emas.

Katanya, topi keledar jenis separuh ini juga tidak mendapat kelulusan Sirim Berhad (SIRIM).

“Sebenarnya topi keledar “kura-kura” bukan untuk menjaga keselamatan kepala jika berlaku kemalangan,” katanya pada sidang media selepas menutup
Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA 2023) di KM26 Jalan Kuala Perlis – Jalan Changlun.

Fatimah berkata, sikap penghantar makanan yang tidak mematuhi lampu isyarat di negeri ini juga dilihat semakin serius.

“Kes ini berlaku di jalan-jalan berhampiran kedai makanan segera di sekitar Kangar,” katanya.

Katanya, hasil advokasi dengan para penghantar makanan baru-baru ini juga tidak memberikan kesan yang positif.

“Ada yang sehari melakukan sampai 20 kali penghantaran tetapi jika hendak cepatpun mesti mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Sementara itu katanya dalam Op HRA ini juga menahan sebuah motosikal “hantu” yang ditunggang oleh seorang remaja berusia 18 tahun bersama sepupunya yang bergerak dari Changlun ke Kodiang.

“Bukan saja tiada cukai jalan, insuran tetapi penunggang juga tidak mempunyai lesen ini juga membawa seorang pembonceng ini akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Selain itu katanya, motosikal berkenaan juga tidak mempunyai cermin sisi, brek hadpan ini akan disita.

Fatimah berkata, dua remaja ini juga memakai topi keledar “kura-kura”.

Fatimah berkata, sepanjang OPS HRA 2023 dari 18 hingga 26 April lalu sebanyak 4,853 kenderaan telah diperiksa di mana 273 kenderaan diambil tindakan di atas 484 kesalahan. – SM

(Visited 530 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button