Gajet

Tim Cook sahkan Apple sedang melabur dan bangunkan teknologi AI generatif

Selepas beberapa laporan sebelum ini, kini Tim Cook secara rasminya mengesahkan Apple seperti pelbagai syarikat teknologi lain, turut melabur pada pembangunan teknologi AI generatif.

Perkara ini dikongsikan Tim Cook ketika perkongsian penyata kewangan terkini bersama para pelabur.

Tim Cook menekankan terdapat pelbagai fungsi dan ciri-ciri pada peranti Apple yang kini mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, termasuk Personal Voice, ECG, Crash Detection dan sebagainya.

Dan pada masa yang sama, Apple kini turut melabur pada arena AI generatif – namun tiada apa yang boleh dikongsikan buat masa ini.

Sebelum ini, ia dilaporkan Apple sedang menguji chatbot berasaskan AI generatif – tetapi melibatkan pekerja dalaman sahaja buat masa ini.

Dengan pelbagai perkembangan sihat ini, kita mungkin melihat Apple berkongsi secara rasmi berkenaan perkara ini seawal 2024 kelak.

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button