fbpx
Hiburan

Joker filem terbaik Golden Globe 2020

Anugerah Golden Globe 2020

TAHNIAH! Aktor Joaquin Phoenix dinobatkan sebagai Aktor Terbaik Anugerah Golden Globe 2020.

Filem Joker yang mendapat kritikan positif dan negatif turut merangkul Anugerah Filem Terbaik.

Joker menjadi filem kontroversi berjaya mengutip RM979 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Joker terbitan Village Roadshow Pictures and DC Films, arahan Todd Phillips mengisahkan bagaimana seorang yang dibuli teruk berubah menjadi individu ganas dan mula mendapat perhatian kerana kekejaman yang dilakukannya.

Ketika filem ini ditayangkan di panggung-panggung, ibu bapa bimbang untuk membenarkan anak-anak menontonnya kerana takut anak-anak terpengaruh.


Lakonan Phoenix yang membawa watak sebagai Arthur Fleck, seorang badut yang berubah menjadi musuh Batman ikonik.

Ekoran kontroversi yang tercetus tanpa diundang, polis di beberapa bandar di Amerika terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan menjelang pembukaan tayangan filem Joker yang dikhuatiri, mencetuskan keganasan.

Selain Joker, senarai pendek kategori Filem Terbaik ialah 1917, The Irishman, Marriage Story dan The Two Popes.

Manakala pesaing Phoenix dalam senarai Aktor Terbaik ialah Christian Bale menerusi lakonannya dalam filem berjudul Ford v Ferrari, Antonio Banderas (Pain and Glory), Adam Driver (Marriage Story) dan Jonathan Pryce (The Two Popes).

Kesinambungan penganjuran majlis Anugerah kali ke-77 ini adalah sebagai menghargai karyawan filem dan drama televisyen di Amerika.

Majlis tahun ini disiarkan secara langsung dari The Beverly Hilton, California.

Pengacara, Ricky Gervais. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button