Politik

Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM perkukuh pentabiran Kerajaan – MCA

Parti komponen Barisan Nasional, MCA yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memperkukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional.

Setiaysaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, pelantikan kedua-dua mereka dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru MCA menyambut baik pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

“MCA mengalu-alukan dan menyokong pelantikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri serta pelantikan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan yang turut mengetuai Klsuter Keseleamatan sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

“Pelantikan ini pastinya akan memperkukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan. Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun HUssein merupakan pemimpin yang berpengalaman luas. MCA yakin kedua-dua pemimpin ini dapat memberi sumbangan yang memanfaat rakyat serta negara,” katanya.

Sin Woon berkata, MCA akan terus mengadakan kerjasama erat dengan Ismail Sabri dan Hishammuddin serta anggota Kabinet untuk memerangi pandemik Covid-19 sekaligus memulihkan semula ekonomi dan membantu rakyat.-SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button