Hiburan

Sah bercerai, Nadia Brian minta jangan tanya lagi hal rumah tangga

KONTROVERSI yang melanda rumah tangga Nadia Brian akhirnya terlerai apabila pelakon itu mendedahkan yang dia kini sudah bercerai dengan suaminya, Muizz Nasruddin.

Menurut Nadia, dia bersyukur kerana selepas beberapa lama digantung tak bertali, dia akhirnya sudah bercerai.

“Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan. Semuanya berakhir dengan baik dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga saya dengan pihak sana

“Fokus saya sekarang adalah untuk keluarga dan kerjaya,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu mengakui yang rumah tangga yang dibina pada 9 November tahun lalu sudah mula goyah.

Namun, Nadia enggan mengulas lanjut kerana bimbang perkara itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Krisis rumah tangga mereka mula memuncak selepas Muizz membuat pendedahan yang Nadia telah curang terhadapnya bersama dengan dua orang lelaki. -SM

(Visited 827 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button