Hiburan

Wanita buat tuduhan terhadap Neelofa, PU Riz akhirnya mohon maaf secara terbuka

WANITA yang didakwa menyebarkan fitnah dengan memberitahu yang Neelofa telah terkena minyak pengasih oleh PU Riz akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Permohonan maaf itu dibuat Syamira Safiya menerusi akaun Twitter miliknya dan menyifatkan apa yang disebarkan pada 26 Disember lalu adalah kenyataan tidak berasas dan tidak benar.

“Kenyataan terebut tidak dibuat denga niat jahat, berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.

“Saya mengambil langkah untuk berlajar daripada peristiwa ini dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Syamira, permohonan maaf yang dibuatnya juga adalah atas kerelaan hati sendiri untuk memperbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada sesiapa.

Wanita itu sebelum ini memuat naik tangkap layar mesej menerusi aplikasi Whatsapp berkaitan masalah hubungan di antara Neelofa dan PU Riz.

Dalam tangkap layar tersebut, Neelofa dikatakan telah terkena minyak pengasih dan sedang berubat.

Selain itu, Neelofa juga didakwa telah memasukkan sejumlah wang ke akaun pu Riz atas tujuan tertentu.

Malah, Neelofa juga didakwa telah berkahwin dengan PU Riz di Kelantan.

Kesemua dakwaan tersebut telah dinafikan Neelofa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. -SM

(Visited 1,203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button