Hiburan

Jodoh Datuk Nora Ariffin sudah sampai

EMPAT tahun lalu, penyanyi yang kini bergelar Datuk Nora Ariffin dikejutkan dengan pulangnya ke rahmatullah allahyarham Johan Nawawi suami dan komposer tanah air.

Dalam tempoh tersebut, Nora memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada anak-anaknya dan diduga dengan takdir apabila anak lelaki keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan dijemput ilahi.

Kehidupan Nora dalam tempoh empat tahun turut menyaksikan anak sulungnya mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pada waktu-waktu itu, Nora bukan sahaja berperanan sebagai ibu tetapi juga ‘ayah’ kepada dua anak perempuannya.

Semalam status balu Nora tamat apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli akademik, Dr. Rushdi Ramli, 55.


Dr. Rushdi dikhabarkan adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur.

Menerusi catatan Nora di laman sosial, beliau menzahirkan rasa syukur dan memaklumkan jodohnya itu merupakan sahabat baik arwah suaminya sejak dari kecil lagi.

Pernikahan Nora bukanlah seperti pernikahan pasangan artis yang muda yang berkahwin buat pertama kalinya dan situasi itu amat difahami oleh masyarakat.

Benarlah seperti kata Nora, “jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.”

Tahniah di atas perkahwinan daripada SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button