NasionalNegeri

JIM Perlis buka permohonan pas sempadan esok

TIDAK sampai tiga minggu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis telah menyelesaikan rungutan orang ramai berhubung permohonan pas sempadan. Esok (6 Ogos) orang ramai sudah boleh memohon untuk membuat pas sempadan.

Pas sempadan menjadi pilihan penduduk Perlis untuk digunakan bagi melancong ke selatan Thailand.

Notis telah pun dikeluarkan oleh JIM Perlis. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarahnya, Khairul Amin Taib hari ini.

JIM Perlis telah memberi notis menutup permohonan pas sempadan pada 12 Julai lalu.

Ekoran itu menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk Perlis yang rata-rata lebih gemar membuat pas sempadan bagi kemudahan berkunjung ke Thailand.

Ini kerana mereka hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk tempoh selama setahun.

Pastinya ramai yang akan menarik nafas lega dan tidak sabar untuk memohon pas sempadan baharu. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button