Nasional

Helikopter terhempas di Klang, dua mangsa selamat

SEBUAH helikopter jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10 pagi.

“Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, mangsa yang terlibat ialah juruterbang, Kharudin Dahlan, 73 yang mengalami kecederaan di tangan kiri.

Ujarnya, pembantu juruterbang, Moithu Kutti Mohamad, 53 pula mengalami luka kecil dalam insiden tersebut.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan punca kemalangan masih disiasat. -SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button