Nasional

JIM akan nilai kemasukan pembantu rumah warga asing mengikut kes

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mempertimbangkan kebenaran masuk bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) yang mempunyai kes-kes melibatkan kesihatan dan perkara kritikal yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sekatan masuk kepada semua PRA dari Indonesia dan Filipina adalah sebagai langkah mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun, pertimbangan kebenaran masuk boleh diberikan ke atas kes-kes yang melibatkan kesihatan dan perkara kritikal yang lain.

“Majikan-majikan yang mempunyai PRA yang terkandas di luar negara dan mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh memohon rayuan untuk dipertimbangkan kebenaran masuk bagi PRA mereka ini melalui sistem MyTaravel Pass (MTP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua majikan yang memohon bagi kemudahan rayuan ini akan dipertimbangkan secara case by case basis.

Jelasnya, majikan juga perlu mematuhi semua syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh JIM dan juga langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 seperti melakukan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin 14 hari serta menanggung kos kuarantin tersebut.

Tambahnya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan isu ini, majikan boleh ajukan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo. -SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button