MahkamahNasional

Peguam dedah ada cubaan bunuh Long Tiger dalam tahanan

PEGUAM Long Tiger, seorang lelaki Rohingya yang dilaporkan lolos daripada lokap mahkamah ketika menunggu perbicaraan mendedahkan bahawa mahkamah diberitahu terdapat cubaan mencederakan atau cubaan membunuh tertuduh itu dalam tahanan.

Shaharudin Ali berkata, Mahkamah Tinggi Muar telah mendengar “dengan panjang lebar” tentang percubaan itu pada 21 November lalu.

Long Tiger atau Ab Hamim Ab Hamid pada 15 November lalu telah berjaya melarikan diri ketika menunggu perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan atau pemerasan.

“Kami khuatir dan kami tidak tahu sama ada Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat serangan fizikal dan mental ke atas beliau di dalam tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaharudin berkata, laporan polis telah dibuat berhubung cubaan itu dan Mahkamah Tinggi Muar telah merekodkan kenyataan peguam dan pendakwa raya.

“Cubaan mencederakan Hamim semasa dalam tahanan bukan perkara baru kepada kami dan semuanya ini telah dirakamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Muar.

“Akibat daripada dakwaan ini, untuk keselamatan tertuduh, hakim telah meminta Hamim dipindahkan ke penjara lain.

“Setakat ini, kita tidak tahu perkembangan siasatan laporan polis yang telah dibuat bagi pihak Hamim,” jelas Shaharudin dalam kenyataan yang sama.

Shaharudin bagaimana menegaskan tindakan melarikan diri daripada tahanan sah adalah satu kesalahan jenayah.

“Kejadian ini memeranjatkan kami kerana pada sebelah pagi, kes terhadap Hakim mulanya telah dipanggil oleh majistret di dalam kamar,” katanya.

Shaharudin memaklumkan sehari selepas kejadian lolos itu, pihaknya memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Tangkak bahawa pihak pembelaan sedia untuk meneruskan kes tanpa kehadiran Long Tiger.

Malah, pihaknya tidak membantah hujah pendakwa raya yang mahu wang ikat jamin Long Tiger dirampas dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

“Reaksi kami mudah,” katanya.

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret Tangkak dalam keadaan tangan bergari.

Suspek dikatakan melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan.

Pada hari kejadian, dia (tertuduh) dibawa ke mahkamah berkenaan bagi prosiding mengikut Seksyen 388 iaitu kes ugutan terhadap seseorang selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Suspek memakai baju-T berwarna cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar dan alamat terakhirnya di No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

Berikutan itu, polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek serta menggunakan khidmat anjing pengesan K9 selain sekatan jalan raya (SJR).

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dipetik sebagai berkata, empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes ini.

Ayob Khan berkata, empat anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan (KK), iaitu penjawat awam dengan cuai menyebabkan orang tahanan lari.

“Polis sudah membuka kertas siasatan untuk empat anggota itu dan sedang mengambil tindakan susulan,” katanya. – SUMBER FMT-SM

 

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button