Nasional

MINDEF laksana projek selenggara RKAT di Port Dickson untuk keselesaan anggota dan kerluarga ATM

Peg serta Anggota Tentera di kem sekitar Port Dickson Port Dickson mampu menarik nafas kerja-kerja membaikpulih serta menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) telah bermula bagi memastikan keselesaan penghuninya.

RKAT Port Dickson kebanyakkan telah berusia 60 hingga 70 tahun itu berada dalam keadaan yang tidak memuaskan terutamanya pada bahagian bumbung yang reput, sistem paip tersumbat selain sistem pendawaian elektrik yang tidak sempurna.

Pegawai Pemerintah Batalion 1 Perajurit Muda Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Mejar Lokman Pardi

Pegawai Pemerintah Batalion 1 Perajurit Muda Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Mejar Lokman Pardi, berkata, beliau telah menduduki rumah di dalam kem itu yang berusia hampir 85 tahun dan keadaannya ketika itu agak uzur.

“Saya berbesar hati kerana pucuk pimpinan begitu prihatin tentang rumah ini yang telah di bina hampir 85 tahun dan kali ini menerima ubah suai keseluruhan bermula dari bumbung, sistem pendawaian elektrik dan sistem paip. Ianya akan memberikan lebih keselesaan kepada diri saya dan keluarga.”

“Sebelum ini, rumah yang diduduki ini agak usang terutama bumbungnya yang reput, sistem saluran paip air yang sudah berkarat dan tersumbat dan masalah pendawaian elektrik.” kata Lokman.

Setelah proses baik pulih unit RKAT beliau duduki itu selesai, beliau berjanji akan menjaganya dengan baik dan akan memastikan pegawai berikut yang bakal menduduki unit tersebut juga akan menerima dalam keadaan baik. Lokman juga amat gembira dan bersyukur dapat menduduki rumah yang selesa seperti ini hasil dari keprihatinan kerajaan dan MINDEF dalam menjaga kebajikan warga tentera

Ket Cawangan Perumahan Markas Stesen Staf Port Dickson (MSS PD), Mejar Mohd Shahrom Daud

Dalam pada itu, Ket Cawangan Perumahan Markas Stesen Staf Port Dickson (MSS PD), Mejar Mohd Shahrom Daud berkata, projek baik pulih dan selenggara itu melibatkan 12 RKAT iaitu sebuah rumah anggota dan 11 lagi kediaman pegawai dengan nilai peruntukkan sebanyak 3.2 Juta itu peruntukan DSA dibawah agensi pelaksana JKR.

“Projek ini telah dimulakan pada bulan Ogos dan dijangka siap pada penghujung November ini. Ketika ini, kerja-kerja dalam 80 peratus siap dan bakinya dalam proses penyelenggaraan kecil,” jelasnya.

Tambah Mohd Shahrom, beliau berharap kerja-kerja penyelenggaraan dapat diteruskan termasuklah proses tukar baharu seperti enam sistem lif serta lain-lain kemudahan yang memberi keselesaan kepada para penghuni.

Penerangan oleh Peg JKR dan Ket Cawangan Perumahan MSS PD berkaitan proses baik pulih yang sedang dijalankan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera Kem Port Dickson.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM di seluruh negara. – SM

Artikel berkaitan > Baik pulih RKAT beri keselesaan, persekitaran selamat buat penghuni

 

 

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button