fbpx
Nasional

Jawi sama seperti Sanskrit, Latin yang telah pupus – Siti Kasim

TULISAN Jawi tiada beza dengan penulisan Sanskrit atau pun tulisan Latin yang telah pupus dari segi pengunaan pengetahuan mahupun pendidikan.

Menurut Pengasas Malaysian Action for Justice and Unity (L)Foundation (Maju), Siti Kasim tulisan Jawi tidak sepatutnya mempunyai tempat sebagai subjek kurikulum wajib dari sebarang segi.

“Seperti juga penulisan-penulisan berbentuk warisan lama seperti Latin atau pun Sanskrit, tempat paling sesuai adalah sebagai subjek-elektif mengikut keinginan pelajar sendiri.

“Kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan,” kata Siti Kasim dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, isu tulisan Jawi tidak akan wujud sekiranya ianya tidak dicipta dan dipaksa masuk ke dalam kurikulum pendidikan nasional oleh elemen-elemen politik dan birokrasi.


Elemen-elemen itu menurut beliau, mempergunakan sentimen agama atau etnosentrisme Melayu untuk kepentingan tersendiri dan mengaut simpati politik.

“Ia tiada kena mengena sama sekali untuk kebaikan mau pun kejayaan pendidikan anak-anak Malaysia, samada dari segi pendidikan kebangsaan mau pun venakular.

“Tulisan Jawi adalah bukan isu bahasa Malaysia mau pun isu yang berkaitan langsung dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan,” kata Siti Kasim.

Siti Kasim, mahu Kementerian Pendidikan dan  kerajaan menamatkan polimik berkaitan Jawi

Tulisan warisan Melayu itu, menurut Siti Kasim bukanlah keutamaan dan bukan satu subjek mau pun isu yang sepatutnya menjadi perbincangan langsung di dalam pembentukan pendidikan negara.

Menurut beliau, tiba masanya untuk sistem pendidikan Malaysia diperbincangkan dari segi kepincangan aspek-aspek penting pembacaan, sains dan matematik bukan Jawi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button