Nasional

Kita belum menang, tetapi tidak pula kalah

Kita belum menang tetapi tidak pula kalah dalam dalam peperangan menentang wabak COVID-19, ketika PKP semakin hampir tarikh akhir.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, beliau perlu membuat penilaian berada data dan sains untuk beberapa hari lagi sebelum mengemukakan kepada kabinet untuk diputuskan.

Melihatkan jumlah kes baharu sebanyak 156, ia agak sukar untuk menghentikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihentikan kerana jauh daripada terkawal.

Di Wuhan pusat pendemik virus COVID-19, perintah berkurung dihentikan hari ini apabila kira-kira seminggu tiada jangkitan baharu dilaporkan.

Wuhan melaksanakan perintah berkurung atau lockdown

Dalam sidang akhbar hari ini Noor Hisham berkata, sebanyak 166 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan individu yang pulih daripada wabak terbabit sehingga kini ialah 1,487 orang atau 36.1 peratus.

Secara perbandingan, katanya, sebanyak 156 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 4,119 orang.

“Ini bermakna, bilangan kes yang dibenarkan keluar dari wad hari ini juga melebihi laporan kes baharu.

“Sehingga kini, seramai 76 kes positif COVID-19 sedang ditempatkan di unit rawatan api (ICU), daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan wujud pertambahan dua kes kematian berkaitan COVID-19, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 65 orang atau 1.58 peratus,” katanya.

PKP sepatutnya tamat pada 14 April ini selepas disambung untuk pusingan kedua bermula 18 Mac lalu.

Ura-ura memang menyebut PKP akan disambung kerana ramai pihak juga gusar keselamatan setakat ini untuk keluar ke kawasan awam, terutama pejabat dan sekolah.

Masyarakat kini semakin memahami penting PKP dalam memutuskan rantaian jangkitan virus maut itu dan pastinya tidak akan menjadi masalah jika kerajaan menyambung sehingga ke akhir bulan ini.

Kita pastinya tidak mahu masalah yang dihadapi di negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lambat mengambil tindakan PKP dan sukar menangani penduduk yang berdegil tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun kerajaan perlu mengkaji sektor yang perlu diberi kelonggaran sedikit supaya kegiatan harian tidak terjejas teruk dan ekonomi juga tidak terhenti terus. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button