Belang Bertempat

Jangan galak sangat asah kuku dan taring

BELANG mendapat maklumat pilihan raya lambat lagi. Silap-silap dua kali raya puasa pun belum tentu pilihan raya diadakan.

Belang tengok rakan-rakan begitu galak mengasah kuku dan taring. Habis semua dibaham dan dicakar.

Sampaikan tidak tahu lagi yang mana satu musuh dan yang mana satu kawan. Asal ada peluang akan dibaham dipuas-puasnya. Ibarat saka terbuang tidak bertuan jadinya.

Dahulu kawan pun sudah menjadi lawan, segala macam pekung habis dibuka kepada tontonan orang ramai.

Pihak lawan bertepuk tangan, rakan seperjuangan menjadi pening untuk menyebelahi di pihak mana.

Tidak disokong nanti dikatakan berpihak dengan pihak lain, disokong pula nanti terbabit dalam percakaran yang tidak sepatutnya.

Akhirnya kawan-kawan turut cedera dalam percakaran yang tiada faedah ini.

Belang cuma mahu ingatkan jika kita terlalu kerap mencakar dan mengigit, akhirnya bisanya berkurangan.

Cakap kita akan menjadi ibarat air yang berlalu dan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja, tiada siapa yang peduli dan mengendahkannya.

Ada juga kalangan belang yang hanya sesekali menunjukkan belangnya dan spesis ini kalau berdehem sahaja sudah menyebabkan kawan serta lawan gusar.

Ingatlah dan fahamilah Perikatan Nasional (PN) baharu sehari dua diperkenalkan oleh kerajaan hari ini dan tiba-tiba UMNO pula tidak mahu bekerjasama pada pilihan raya akan datang.

Takkanlah kerajaan terlalu bodoh untuk mengadakan pilihan raya dengan segera, sedangkan PN sendiri belum cukup dikenali oleh rakyat dan mantap jenteranya.

Sebab itulah Belang yakin pilihan raya tidak akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Apatah lagi seekor Belang telah memberi isyarat bahawa 1+1+1….tenang… Bermakna mereka mempunyai banyak stok katak yang akan melompat bila diperlukan.

Bahkan katak-katak ini dikatakan belum habis melompat dan akan membuat lompatan beramai-ramai apabila selepas pilihan raya akan datang.

Mereka tahu jika melompat sekarang, mereka akan kehilangan sokongan dari parti dan akar umbi.

Katak yang melompat pada ketika ini adalah mereka yang mempunyai isu yang perlu diselesaikan khususnya kepentingan peribadi.

Jadi Belang nasihatkan janganlah galak sangat mengaum, mencakar dan menggigit. Nanti bila tiba masa diperlukan semuanya telah keletihan.

 

(Visited 633 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button