Belang Bertempat

Terbelakah Melayu kalau nasib politiknya begini?

BELANG kecewa, bercampur-baur sedih, marah, terkilan dan macam-macam lagi yang berlegar di kepala – memikirkan untung nasib orang Melayu berpolitik.

Berlambak parti-parti Melayu sekarang. Dulu hanya ada UMNO dan Pas. Kemudian muncul PKR, Amanah, Putra dan Kita. Sekarang, lahir pula Pejuang manakala parti untuk orang muda pula dikatakan bakal dicetuskan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula.

Macam yang Belang katakan tadi. Berlambak. Masing-masing parti Melayu hendak tunjuk lagak, tunjuk ego. Cuba perhatikan parti-parti Cina, ada berapa? DAP, MCA, Gerakan, PCM dan “ada lagikah?”.

Ah! kesian orang Melayu. Kita adalah Melayu Abad Ke-21. Zaman Melaka menjadi sejarah, 500 tahun berlalu. Semua negara mahu menonjolkan sejarahnya yang terhebat. Hakikat, tidak menentukan hebat di masa depan.

Mesir amat hebat sejarah tamadunnya. Sepanyol dan Portugal hebat sejarah pelayarannya. Mongol bina empayar terbesar di dunia. Apa jadi dengan generasi mereka sekarang?

Bagi kita, zaman merdeka sudah berlalu. Sekarang sudah abad 21. Dulu fokus utama nak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat kerja. Kemudian ke Uitm Shah Alam, Kolej Pertanian Serdang, Kolej Teknologi, KL.

Yang terbaik ke UM, USM, UKM dan lain-lain. Orang miskin masuk tanah rancangan, jadi peneroka. Dalam industri, Melayu mula dengan mesin getah Mara. Disebut di kampung sebagai “kilang getah Mara”. Orang ada basikal, orang kaya, kemudian motosikal 50cc.

Kini jalan tar, tv, mesin basuh, dapur, gas, kereta perkara biasa Dari asal setengah abad dulu tiada elektrik, air paip, malah daifnya, jamban pun tiada,

Kini ramai ayah grad, anak grad, tinggal dan kerja di bandar dan kota. Cucu lahir saja sudah dalam kepala 25 tahun akan datang pasti grad….2,3,4 degree. Tiada lagi belengu dalam fikiran. Bukan lag isatu cabaran besar yang sukar.

Nenek, ibu ayah fikir jauh di depan. Apa akan jadi, lepas grad jika Belang tidak buat sesuatu – seperti simpanan, pelaburan persediaan aset untuknya sekarang.

Inilah minda Melayu baru berfikir jauh, progresif, bertindak kini untuk 25, 30, 50 tahun akan datang. Dan ini perlu ada pada minda cerdik pandai Melayu alaf baharu, merancang 25 hingga 50 tahun akan datang. Ya, untuk anak cucu, malah ratusan tahun didepan .

Jepun dan Barat sudah merancang apa berlaku hari ini dan akan datang, ratusan tahun dulu. Jika kita gagal dan untuk merancang masa depan yang jauh, kita pasti akan menemukan akhirannya kegagalandan. Yakni, tewas kepada mereka yang lebih daya maju dan progresif. Mereka akan jajah kita, alaf baharu.

Jika kita hanya sibuk untuk ‘cari makan’ sekarang dan kemenangan politik lusa, maaf Belang cakap, kita di zaman malap dan anak cucu kita akan masuk ke zaman gelap.

Terpenting bagi organisasi besar Melayu seperti Kerajaan Melayu, parti-partinya mesti fokus kepada masa depan yang jauh.

Iaitu, 2025, 2030, 2040, 2050 dan seterus nya:
1.Apa perancangannya? Di mana?
2. Apa insiatitifnya dan pelan tindakan untuk pastikan kejayaan?
3 . Apa sasarannya? Melayu di depan dalam semua bidang.
4. Bila masanya? Sedangkan musuh sudah jauh di depan, dalam suasana dinamik serta sentiasa berubah dengan cabaran baharu

Tiada masa untuk bertolak ansur lagi. Perlu agresif dan berani bertindak. Mengelak atau lari dari risiko bererti mengundur. Maka, perlu hadapi cabaran. Apa yang menentukan kemenangan, itulah strategi.

Dalam dunia yang dinamik, musuh juga merancang rapi dan agresif berindak tampa berhenti. Kita perlu suluh “apa senjatanya, dari sudut mana mereka akan serang kita dan apakah kita akan tewas atau menang”. Pasti kita boleh suluh dan baca sekarang.

Maaf cakap, Melayu tangkas berpidato hebat di pentas ramai, tetapi bukan panglima perang boleh menentukan kemenangan. Kita perlu panglima-panglima yang “walk the talk”.

Ya, bukan yang bercakap hebat, tetapi berpijak di bumi, hakikat mereka sendiri gagal. Dan bermulalah menanguk di air keruh.-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button