Uncategorized

Isu ucapan di masjid: Fahmi pertimbang saman pemfitnah

MENTERI Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang menfitnahnya selain sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ia berhubung ucapan beliau di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Selangor, kelmarin (Ahad).

“Saya langsung tidak bercakap mengenai apa-apa isu politik mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Tegas beliau, jemputan oleh Ahli Jawatankuasa masjid itu bagi menjelaskan mengenai pengharaman kumpulan muzik dari Britain, The 1975 dan pembatalan konsert The Good Vibes telah dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau maklum mengenai kenyataan JAIS yang sedang menyiasat aduan berhubung perkara tersebut.

“Setakat waktu ini, saya belum semak lagi sama ada sudah menerima panggilan daripada JAIS tetapi Insya-Allah, sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya.

Semalam JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung perkara tersebut dan telah memanggil nazir masjid bagi mendapatkan keterangan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. – SINAR HARIAN – SM

BACA Drama Fahmi Fadzil

BACA Konsert Festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta – Fahmi Fadzil

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button